Friday, March 16, 2012

anak tiket ke syurga atau neraka

Salam Jumaat

Pagi tadi ade tazkirah jumaat dari Ustaz Amran
hmm memang best n kena jiwa lah
topik nya pasal anak itu tiket ke syurga atau neraka

kawan2 semua
para2 ibu dan bapak
anak tu memang satu tiket untuk kita ke syurga
TAPI
bukan tiket ke neraka
itu salah sama sekali

 pandai kita mendidiknya didikan agama, 
membentuknya dengan nilai2 yg murni..
melimpahkan kasih sayang kepadanya
insyaAllah..

jangan menganggap anak itu satu beban kepada ibu bapa
anak itu nikmat Allah swt yang tak ternilai harganya
ibu bapa memerlukan doa anak2 yg soleh dan solehah

jangan kita kecewa bila anak kita bersikap sebaliknya..
bukan salah anak kita..
cuba kita kaji, cuba kita selami
kenapa dan mengapa dia bersikap sebegitu..
sudah cukup ke didikan agama kepada anak kita, diri kita
untuk bekalan ke akhirat

Ya Allah mintak diperjauhkan semua hasutan syaitan ini dari diriku dan bakal2 zuriatku... Amin2...

Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)


2 comments:

  1. moga2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah

    ReplyDelete
  2. insyAllah..mudah-mudahan...jd anak dan isteri yg solehah..

    ReplyDelete

Post A Comment