Wednesday, April 29, 2009

***Cinta Vs. Suka***

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.


Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.


Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.


Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.


Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
p/s: To pejuang... Dah tau ke ape prasaan tu??

Friday, April 24, 2009

**Perlukah Kata Maaf**

Setiap kesalahan yang kite buat, kena lah ade kata maafnye.. tak da org yang kat dunia ini yang tak prnah tak buat salah..Tapi ade jgk tak buat salah tapi kena mintak maaf jgk sbab nye demi nak menjaga hati, atau pun tanda hormat tak pun demi kawan atau ape shja lah. maka terpaksa la mengalah..

Tapi che wan musykil la.. patutker che wan kena buat cam tu.. kata maaf tanpa keikhlasan.. humm tak dapat aper pun.. so baik tak payah nak susah2kan diri nak mintak maaf sedangkan che wan tau yang che wan tak bersalah pun..

Apa yang che wan rasa dan fikir tu semua hak kita so jangan lah rase bersalah even bende yang kita fikir tu menjadi satu kesalahan wlaupun che wan terpaksa kena bermasam muka dengan orang lain.. dengan erti kata lain, ikut suka hati che wan lah nak fikir ape pun. che wan berhak mempertahankan pendapat che wan kerana setiap individu mesti ada pendapat n ego sendri..tak mustahil la kan...

che wan pegang ayat ni, "bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana kita mahu org menghargai perasaan kita..." So tak de sapa yang paham diri che wan melainkan diri che wan sendiri. asyik nak jaga hati org je, susah jgk.. jaga hati termakan hati.. camtu lah kut..

Dulu selalu che wan menyesal dengan apa yang che wan buat tp che wan tak boleh nak hidup macam ni.. so jangan che wan rase bersalah atau nakmintak maaf sebab keputusan yang che wan buat dulu kerana apa jua keputusan yang che wan buat mesti bergantung kepada keadaan atau situasi masa tu.

Even ada org yang menentang keputusan yang che wan buat, jgn lak cpt nak melatah... ingat kita dah besar dah boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk, semuanya terletak di tangan che wan.. che wan tak boleh meramal masa depan jadi che wan kena la looking forward.. yang baik jadikan sempadan yang buruk jadikan tauladan.

So kepada kawan2 tu jgn la cepat sangat nak mintak maaf klu rase diri tu tak salah.. tp memang susah nak nampak kesalahan diri sendri.. tak salah klu nak dengar pendapat atau pandangan org lain.. dah org lain rase kita tak betul, kite trima lah.. tp jangan lak terkongkong dgn semua tu.. kite pun berhak menyatakan pendapat kita... "hidup che wan" (5x).. aper2 pun peace no war...v(^0^)v

..::Adakah Kamu Tahu??::..

Adakah kamu pernah terpikir, betul ke orang sayang kamu, cinta kamu seperti kamu sayang n cinta seseorg tu.. atau adakah kita hanya bertepuk sebelah tangan je.. che wan pun klu dah sayang kat seseorang tu, che wan akan syang sepenuh hati che wan TAPI betulke dia sayang che wan macam che wan sayang dia.. Jom che wan nak kongsi tipss ckit..

....................................................................................................................................



  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca, kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya.
  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu dan kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.


  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  • Jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.




  • Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Sedarkah kamu siapa yang bener2 ikhlas dalam mencintai kamu, maka jangan sia2kannya.. memang senang nak mencari cinta tapi untuk mencari siapa yang mencintai kita adalah amat payah..Fikirlah....





        p/s:Che Wan...




Tuesday, April 21, 2009

::ComeL::CoMey::CuTe::ComoT::

Humm bile rindu menyapa....,maka ligat lah kepala mencari penawar.... isshhh ape tah che wan mengarut ni... hehehe.. saje je che wan nak memperkenalkan si comey a.k.a anak sedara che wan si erisha.. rindu amat che wan kat dia.. dengar cerita erisha nak blik kampung ngan along time che wan cuti.. humm best nya...


***Aski2 Erisha time Along nak ambik gambar dia***


***Ala buchuk2, comey2 ni...rindu laa***


***Si Comey klu dah posing, camnie lah jadiknye***

suke la tgok teletah baby2 nie.. sejuk ke hati, damainye jiwa.. humm teringin jgk che wan nk ade baby sendri.. hehehe.. ape tah??? kahwen pun tak lagi.. doa kan che wan bertemu jdoh cepat2 yer... yang soleh tauuu...aminnn..

ishh 12 tahun KeR?? Tak Patut..

Ade ke si Intan n si Inat_T tu cakap muka che wan ni muka budak 12 tahun.. cakap muka tak pakai krim la.. ishh nak tergelak la pulak.. klu meaningnye che wan nampak mude ok gak... hehehe...muke tak pkai krim ka?? ishh che wan kan pkai je krim tu... nak bukti ke?? che wan selalu ckp muke che wan natural beauty.. huahaha.. ambik korang ngan statement ni..

Si intan terpilih tu kate kat che wan "dia macam jalan ngan dak 12 thun jah".. apo la.. dia kena la bangga sbb nanti org ckp dia pun 12 thun jgk... camner nak buat muka org dewasa ni... rase dah ckup dewasa dah ni... nnt che wan blaja make up ngan inat_T, bru nampak muka org dewasa.. tp tkut la.. nnt silap2 org ckap macam esah 50sen pulok... ishh tak kena pulok...

xpola muka cam ape2 pun.. che wan rase bangga sbb che wan ni anak mak abah che wan.. walaupun xdok kacukan tp nok wat camner rezeki ade gak iras2 org belah **sane**... hehehe... klu nak tau belah mane, tanye lah en syukor yang pkar tgok org tu..hehehe.. Tgok ma che wan ade ke iras belah2 mane nie?? tp kitorg mmg anak malaysia tulen... no cetak rompak k...Ni nak perkenalkan kaum kerabat che wan.. mak, abah, along, che wan, abe, abe chik, dik dalila n arwah dik amir..Wlaupun hidup ni ade pelbagai2 dugaan tp che wan bersyukur dengan adenya family che wan yang sentiasa che wan SAYANG.. Hidup che wan hanya untuk kalian semua.. che wan sayang bangat kat kalian..humm luv u all..



****My Lovely Family --> Ma (Che Dah), Abah (Abe Ley), Along (Liena), Angah (Miera), Abe (Aliff), Abe Chik (Azan), Adik (Daliela) n Arwah (Amir)****



****Along n Suami (Bang Long)****


****Orang Baru --> Anak Saudara (Put3 Shazana Erisha)****

Lega ke??

Dah habis 1 paper semalam... rase lega lak.. tp lega ke?? tak pun sbb tak dapat jawab la...camne nie...mintak2 la lepas subject ni..amin...

pagi yang ckup indah ini, disertai hujan yang penuh rahmat ini..che wan rase amat bhagia sekali...(***sbb dah berhari2 che wan rase hangat sgt...***).. ape nak buat ni..nak study??tp che wan ni jenis yang berkarat jgk... xleh study awl2 nnt tak ingt... paper pun lambat lagi..minggu depan...

banyak kerje che wan ni...name je tgh final skrg.. tp assignment byk lagi yang tak hantar dikk oiii....

semalam che wan gi berfoya2 kat kuala perlih...kwn che wan merangkap junior tu nak blanja... hehehehe.. best gak makan besar lah kiteorg... sape yg tak ikut tu jgn jeles lak...tak sabar che wan nak tgok citer arisa tuu.. tgh best la skrg...hehehe che wan memang minat la citer tu... follow je... klu trelepas che wan tgok je online... bgus tul skrg..


****Budak2 nih memang tak lepas ngan posingnye malam tadi****


****Che Wan at Kuala Perlis****